Pages

Saturday 30 April 2011

Sabar Menuju ke => Syurga..

''Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali org yg beriman & mengerjakan amal soleh &nasihat menasihati dengan kebenaran & nasihat menasihati dengan kesabaran" (al-'Asr,1-3) 

Ketika para sahabat Rasulluhah saw diseksa penuh dasyat  & mereka tdk pun punya senjata yg diangkat untuk melawan.Mereka hnya mampu pasrah dan tawakal.Khabab bin al-Arat berkata ''Kami mengeluh di hadapan Rasulluhah sewaktu Baginda sedang bersandar di Kaabah;"Apakah engkau tdk memohon pertolongan bg kami ? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?Nabi saw bersabda : 'Dahulu seorang lelaki ditanam badannya ke dalam bumi lalu gergaji diletakkn & kepalanya dibelah dua,namun hal itu tdk menghalangnya daripada agamanya.Dan disikat dengan sikat besi sehingga mengelupas daging daripada kulitnya sehingga nmpk tulangnya,namun itu tidak menghalangnya daripada agamanya.''(Riwayat Al Burkhari)


"Jika anak seorang hamba mati,Allah bkata kepada malaikatNya : 'Engkau telah mengambil nyawa anak daripada hambaKu?' 
Mereka mengatakan 'Ya...' 
Allah kemudian berkata: 'Apa yg dikatakn oleh hambaKu?'
Mereka berkata : 'Ia memuji Mu & beristirja'
Maka Allah berkata : 'Dirikanlah sebuah rumah di syurga buat hambaKu & berikanlah nama dengan Baitul Hamd  (rumah pujian).'

 (Riwayat al Tirmizi drpd Abu Musa Al ash'ari )

Thursday 28 April 2011

Mengenal Cinta Meraih Allah..

BismillahirRahmanirRahim


Andaikan cintamu,cinta yang sebenarnya...Tentu engkau akan selalu taat kepada DiriNya..Sesungguhnya org yang mencintai, akn selalu setia dan taat kepada KekasihNya... Wahai insan yang mengeluhkn kerinduan yang tak bertepi,bersabarlah kau pasti akn bertemu dengan yang kau rindu kelak.Pertemuan itu adalah hal yang pasti,maka sabarkan dirimu.Syahdukan dirimu dalam merindu,kerna Dia pun merinduimu.
 Wajah kerinduan kami kepadamu Ya Allah adalah tanpa batas,kerinduan kami adalah asas utama kami untuk bertemu denganMu.Langit cinta kami telah melahirkan samudera kerinduan kami buatMu.Walau kini Kau ghaib kami nyata,kami yakin akan bertemu denganMu..

             Aku capai hakikatMu dalam rahsia hati..Lalu lisanku berbisik memanggilMu,Kita kumpul kerana pelbagai makna,Kitapun berpisah kerana pelbagai makna,Jika keghaiban Mu dari kerdipan mataku..Hanyalah kerana keagunganMu..Namun Wajd (cintaku) telah menjadikanMu Begitu sgt dekat dengan diriku..Oh Allah..

 ''Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Nya" (al-Maidah,54)

 "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,maka jawablah bahawa sesungguhnya Aku adalah dekat" (al-Baqarah,186)

"Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat leher" (Qaf,16) 

''Dan Kami lebih dekat dengannya daripada kalian,namun kalian tidak melihat" (al-Waqiah,85)

Dalam kitab Zabur Allah berkata :Wahai Daud,katakan kepada pemuda kaum Israel.Kenapa kalian merindukan sesuatu selain DiriKu?Padahal Aku merindukan diri kalian?Apa yang menyebabkan kalian memutuskan hubungan diri kalian dengan DiriKu??


Hakikat dgn Allah itu hanya boleh dirasakn seseorg yg mengoptimumkan ketajaman mata,hati & logik jernihnya dalam memberi makna kpd setiap nafas kehidupan yg dijalani.Manusia yg membangkitkan hatinya,menghidupkan nuraninya dan mewaspadai nafsunya akn mampu memahami kesejatian & keberadaan dirinya..

Dia akn menyaksikan dengan mata hati akan kedekatan Allah,iaitu merasa Allah Azza Wa Jalla sgt dekat dgn dirinya...Hati kita adalah 'taman' cinta Allah,percantikkan taman kita dengan kecintaan & kerinduan kepadaNya,supaya kita dapat meraih kedekatan cinta & ketaatan kepadaNya,TANPA BATAS & RUANG WAKTU...

Monday 25 April 2011

Sahabatku Syg..

Kadang2 kita tdk pernah minta nikmat dijaga oleh Allah tetapi Allah ttp menjaga kita,maka hargailah nikmat itu.."Sebab itu,siapa yg hendak dipimpin oleh Allah,nescaya dibukakan hatinya menganut Islam & siapa yg hendak disesatkn Tuhan dijadikan sempit & sesak dadanya seperti  org naik ke langit..Begitulah Allah meletakkn  kekejian kpd org2 yg x beriman.." (Al-An'am,125)


Aku tdk pernah impikan pertemuan ini,apalagi mengharapkan hidup yg kosong kembali berseri..Haruman ukhwah yg kau sirami,bak hembusan kasturi menyegarkan rohani..Siapa aku untuk layak dihargai Tapi kau tetap tegar melayani,,Ku lafazkan zikir alunan Illahi,Sujud menangisi anugerah persahabatn suci,Moga kita tetap bersama meniti hari,Jatuh bangun sama dirasai.Teruskan perjuanganmu mujahid & mujahidah Islam...Wlau darah menitis membasahi bumi...Salam perjuangan buat sahabatku tersayang.. (Sahabat tersayang)


Sahabatku..                 
  
Dunia ini seringkali melalaikn kita..Benar ianya satu y sukar untuk mengingati mati..Bagaimanalah nasib kita jika nyawa ini ditarik tatkala dalam kelalaian ..

Dari Abu Mahrur r.a Bahawasanya Nabi S.A.W bersabda :
"Permulaan waktu utk solat itu keredhaan Allah & pertengahannya adalah rahmat Allah..& akhirnya kemaafan Allah."  (H.R Daruqutni)

Maafkan lah orang yang menzalimi kamu & sambungkanlah tali silaturrahim bagi mereka yang memutuskannya dengan kamu.Berilah kepada yg tidak pernah memberi kpd kamu & berlembutlah terhadap orang yg berbuat jahat kpd kamu.Jika kamu mampu melakukan semua ini nescaya kamu akan memperoleh kebahagiaan & ketenangan...(Dr.Aidh Abdullah Al Qarni)